Rabu, 18 Julai 2012

Bicara Tentang Dunia



Assalamualaikum w.r.t.


Dunia bukanlah syurga . Mereka yang mencintai dunia adalah mencintai penderitaan. Penderitaan berpunca daripada nafsu dan akal . Mereka yang tidak memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku.
Akal menangkap peristiwa , hati menerima dan mengolahnya . Jika hati bernafsu amarah ,segala peristiwa akan diolah dengan nafsu amarah. Maka jiwanya tidak pernah kekal erti diam dari merungut , kecewa , dengki , marah , dendam dan kesedihan . Hatinya tidak akan tenang walaupun memiliki segunung emas.


Nafsu amarah adalah punca penderitaan insan . Lihatlah dunia hari ini yang sarat dengan penderitaan . Ia adalah jelmaan nafsu amarah yang ada dalam diri ramai manusai dan pemimpin dunia . Nafsu tamak, angkuh dan gila kekuasaan , tiada belas kasihan adalah pendorong kepada kemusnahan alam . Nafsu amarah adalah sebahagian nyalaan api neraka yang ada dalam diri insan. Ia sentiasa membakar hati dan akal , maka lahirlah tekanan dalam kehidupan.

                
apakah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka apakah 
                kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya?
(Al-Furqan : 43)


Mereka yang menyimpan neraka dalam dirinya, sudah merasai kepanasannya di dunia ini lagi , kehidupan sentiasa resah dan gelisah , tiada ketenteraman , bagaikan pesalah yang di buru . Allah tidak akan memberi ketenangan dalam kehidupan selagi engkau menyimpan musuh kederhakaan dalam dirimu . Nafsu amarah adalah tunggangan syaitan , memeliharanya menyebabkan syaitan begitu mudah menunggang dirimu , maka tiada tempat yang dituju melainkan ke lembah penderitaan dan kesesatan.


semakin jauh dirimu dari Allah maka semakin musnahlah hidupmu , semakin deritalah hidupmu , bahkan engkau tidak akan menemui setitik pun cahaya kebahagiaan di dunia patah lagi di akhirat.Kembalilah kepada fitrah ,sucikan dirimu dari amarah dengan penawar daripada al-Quran.


dan Kami turunkan (dengan beransur-ansur) dari al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya..
(al-Israa':82)


Berzikirlah mengikut petunjuk dari para guru sufi , palukan qalbi dengan cemeti mujahadah , nescaya akan bersinarlah mentari makrifat, tenggelamlah di dalamnya dan di situlah hakikat dirimu akan menghirup kebahagiaan.

Anda Sudah Bersedia Menghadapi Ramadhan???


Pernahkah anda berada di dalam situasi di mana anda diberikan satu tempoh masa untuk melakukan sesuatu dan setelah tempoh itu habis, maka anda dilarang dari melakukan perkara tersebut? Sekiranya perkara ini terjadi, maka apakah tindakan yang akan anda lakukan?
Sebagai contoh, anda diberi masa sebulan untuk menyiapkan sebuah kereta untuk satu perlumbaan. Setelah tempoh sebulan berlalu, anda tidak dibenarkan lagi melakukan apa-apa. Sudah tentu anda akan menggunakan masa sebulan itu dengan sebaik mungkin untuk menyediakan kereta yang terbaik. Tayar terbaik digunakan, minyak mencukupi dan berkualiti, badan kereta yang sesuai untuk berlumba dan bermacam-macam lagi yang anda lakukan.
Berdasarkan tajuk kali ini, pernahkah anda terfikir bahawa syaitan juga akan menggunakan masa dan peluang yang ada dengan semaksima dan sebaik mungkin untuk persiapan melalui bulan Ramadan?
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Daripada Rasulullah SAW:
“Apabila masuk bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu  syaitan-syaitan”  (riwayat Bukhari)
Berdasarkan mafhum hadis ini, ketahuilah kita bahawa syaitan akan dibelenggu pada bulan Ramadan. Jadi sudah tentu syaitan akan menghasut, mengerahkan segala usaha, menggunakan segala tipu daya agar segala janji syaitan untuk menyesatkan manusia terlaksana walau dalam keadaan mereka dibelenggu di bulan Ramadan.
Nafsu manusia akan dilatih, disuap, dibelai dihidangkan dengan keseronokan dan keasyikan agar di bulan Ramadan nanti, ia akan menjadi raja yang memerintah manusia. Itulah yang sering terjadi. Walau di bulan Ramadan, masih ada kerosakan dan maksiat yang dilakukan manusia.
Dengan itu, ketahuilah kita bahawa masa atau fasa sebelum masuknya bulan Ramadan adalah fasa dan waktu yang sangat kritikal. Ia akan menentukan keberjayaan dan prestasi kita pada bulan Ramadan tersebut.
Sebagaimana nabi kita Muhammad SAW mendidik kita dengan doa seperti yang diriwayatkan oleh Anas RA bahawa Rasulullah SAW, apabila memasuki bulan Rejab berkata: Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan – riwayat Imam Ahmad dan al-Tabarani.
Begitulah antara isyarat-isyarat yang baginda tunjukkan kepada kita. Pentingnya keberkatan dari Allah serta perlindungan dan rahmat-Nya pada fasa dan waktu sebelum kita memasuki bulan Ramadan.
Jadi,bagaimanakah caranya untuk kita persiapkan diri kita dalam tempoh waktu yang kritikal ini? Apakah yang perlu kita lakukan?
Ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan antaranya:
  1. Seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW hendaklah kita selalu berdoa “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Kerana hanya dengan hidayah dan kasih sayang Allah sahaja yang mampu menyelamatkan kita dari nafsu dan syaitan.
  2. Bertaubat yang benar. Agar hati kita bersih dari belenggu dosa dan nafsu yang menyesatkan. Mudah bagi kita untuk melawan nafsu. Agar di bulan Ramadan, kita seperti kain putih yang ingin dicorakkan dengan tarbiyyah Allah SWT.
  3. Perbanyakkan puasa sunat kerana ia mampu mendidik dan melatih nafsu kita. Mengawal diri kita dari keinginan yang merosakkan. Puasa sunat di bulan Rejab dan Sya’ban, puasa Isnin dan Khamis. Jika ada puasa yang perlu diganti, maka bersegeralah menggantikannya.
  4. Perbanyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Agar waktu-waktu terluang kita diisi dengan beribadah kepada Allah. Kerana jika tidak, sudah tentu kita akan mengisinya dengan perkara yang sia-sia dan maksiat.
  5. Menghidupkan suasana di rumah dan di tempat-tempat yang selalu kita ada seperti di tempat kerja dan juga di dalam kenderaan. Kita boleh menampal poster atau kad berkaitan Ramadan,memasang lagu Ramadan, menghantar SMS dan kad ucapan Ramadan, menanda kalendar agar kita sentiasa sedar akan kedatangan Ramadan dan bersedia untuk menyambutnya.
  6. Muhasabah diri. Sekiranya dalam tempoh waktu yang kritikal ini kita masih lagi leka dan alpa dengan perkara kemaksiatan dan perkara yang sia-sia seperti melihat perkara yang haram, melayan movie yang tidak elok, bermain game 24 jam, mencarut, membuang masa, meringan-ringankan sembahyang, maka ketika itu haruslah kita berhenti dan berazam meninggalkannya sebelum kita terlewat. Kerana apabila kita sudah biasa melakukannya, maka kita akan terbiasa melakukannya walau ketika bulan Ramadan.
  7. Melatih diri dari sekarang dengan bersedekah, qiamullail, berzikir, puasa sunat, membaca quran, melawan perasaan malas.
  8. Merancang Ramadan anda. Kalau boleh sediakan borang atau senarai perkara-perkara yang perlu dan ingin dicapai di bulan Ramadan. Seperti sasaran berapa kali hendak khatam, solat fardhu jemaah di masjid, qiamullail, sedekah dan lain-lain.
Itulah serba sedikit perkongsian persediaan-persediaan yang lebih utama kita lakukan dalam tempoh kritikal sebelum kita menyambut Ramadhan.
Rugilah bagi sesiapa yang melalui Ramadhan dan Allah tidak mengampunkan dosanya.
Oleh: Haidar Mahmud,
Usuluddin,
Universiti Al-Azhar (Mansurah)

Aneka Amalan yang boleh kita amalkan untuk Menyambut Bulan Ramadhan...


Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada berbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya:

  1. Mengkhatamkan Al-Qur’an
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur’an pertama kali turun dari Lauh Mahfuz ke langit dunia sekaliagus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil)(al baqarah: 185)
Ibnu Abbas RA berkata; "Nabi (Muhammad SAW) adalah orang yang paling dermawan diantara manusia. Kedermawanannya meningkat saat malaikat Jibril menemuinya setiap malam hingga berakhirnya bulan Ramadhan, lalu Nabi membacakan al-Quran dihadapan Jibril. Pada saat itu kedermawanan Nabi melebihi angin yang berhembus."
Hadith tersebut menganjurkan kepada setiap muslim agar bertadarus al-Quran, dan berkumpul dalam majlis al-Quran dalam bulan Ramadhan. Membaca dan belajar al-Qur'an boleh dilakukan di hadapan orang yang lebih mengerti atau lebih hafal al-Quran. Dianjurkan pula untuk memperbanyak membaca al-Quran di malam hari.
Dalam hadith di atas, mudarasah antara Nabi Muhammad saw dan Malaikat Jibril terjadi pada malam hari, kerana malam tidak terganggu oleh pekerjaan-pekerjaan keseharian. Di malam hari, hati seseorang juga lebih mudah meresapi dan merenungi amalan dan ibadah yang dilakukannya.

  1. Solat tarawih
Rasulullah Saw. bersabda: “Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
Solat tarawih atau qiyam Ramadhan tidak ada batasannya. Sebahagian orang mengira solat tarawih tidak boleh kurang dari 20 rakaat, sebagian lain mengira tidak boleh lebih dari 11 atau 13 rakaat. Ini adalah pendapat keliru yang menyalahi dalil. Hadith-hadith menunjukkan bahwa shalat malam adalah perkara yang luas, tidak ada batasan yang tidak boleh dilanggar. Bahkan ada riwayat yang jelas mengatakan bahwa nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: “Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kalian bimbang masuknya waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir.”

  1. Memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerananya perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa terlebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.

  1. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah yang berbunyi:
Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun". (Bukhari Muslim)

  1. Bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: “Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan” (HR. Tirmizi).
Ibnu Abbas RA berkata;
"Nabi (Muhammad SAW) adalah orang yang paling dermawan diantara manusia. Kedermawanannya meningkat saat malaikat Jibril menemuinya setiap malam hingga berakhirnya bulan Ramadhan, lalu Nabi membacakan al-Quran dihadapan Jibril. Pada saat itu kedermawanan Nabi melebihi angin yang berhembus."
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

  1. I’tikaf
I’tikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I’tikaf disunahkan bagi laki-laki dan perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beri’tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para istrinya juga ikut I’tikaf bersamanya.
Orang yang melaksanakan I’tikaf hendaklah memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Qur’an, berdoa, shalat sunnah dan lain-lain.

  1. Umrah
Ramadhan adalah waktu terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umroh pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda:
Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku.

  1. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang emas bagi setiap muslim untuk menambah pahalanya di sisi Allah. Dalam hadith yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahwa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib senilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan ekecil apapun.

Semoga kita termasuk orang-orang yang memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita.

Catatan ketika sesi soal jawab antara hadirin dengan Tuan Syeikh Nuruddin Al-Banjari



1. Nuzul Quran jatuh pada 17 Ramadhan. Nuzul Quran merujuk kepada peristiwa mulanya penurunan al-Quran secara beransur-ansur. Lailatul Qadar pula merujuk kepada hari dimana al-Quran telah sempurna atau lengkap diturunkan.

2. Ubat-ubatan yang dimasukkan ke dalam badan menerusi suntikan tidaklah membatalkan puasa kerana ubat ini masuk menerusi liang roma. Ubat-ubatan yang dimasukkan melalui rongga badan yang bukan atas tujuan kesihatan maka puasanya adalah terbatal.
3. Tidak batal puasa bagi seorang yang mandi di kolam dari pagi sampai ke petang asalkan tidak masuk air ke dalam rongga. Air yang meresap kedalam liang roma tidak membatalkan puasa.
4. Helah yang digunakan untuk mengelakkan kafarah di bulan puasa hukumnya adalah haram. Sebagai contoh, seseorang berbuka puasa terlebih dahulu sebelum melakukan jimak dengan tujuan hendak mengelakkan kafarah. Dalam hal ini, mazhab Imam Maliki berpendapat bahawa selain haram, orang yang melakukannya tetap juga akan kena kafarah.

Isnin, 16 Julai 2012

Mohon Maaf

Assalamuaalaikum...
Bismillah...
Dah lama ana tak update blog nieh... di sebabkan banyak faktor2nya.... hihi..

InsyaAllah, ana akan sediakan waktu ana untuk ana menulis kembali blog2 ana... Terima Kasih buat sahabat-sahabat ana yang memberi semangat dan taujihad untuk ana tulis kembali...

_________________________________________________________________________________