Jumaat, 29 April 2011

BERFURDAH.... IKUTAN ATAU sunnat....

Assalamua'laikum buat semua.. Ermmm..nak diikutkan dengan apa yang ingin di lihat sekarang ini.. berfurdah nie kadang2 apa yang kita lihat ramai yang ikut ikutan.. bukannya dari niat sendiri..

Sesetengahnya hanya pakai semata-semata tanpa mngetahui apa disebalik hukumnya.. semuanya main taram je.. ada yang ikut2tan.. dengan banyknya filem2 skrg nie.. conthnya; AAC.. masing2 trikut2..

Pemakaian purdah oleh wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian di kalangan ulama. Ulama’ berselisih pendapat sejak dulu hingga sekarang. Puncanya adalah kerana dalil-dalil berkaitan purdah ini tidak ada dalil yang jelas dan nyata. Para ulama’ menyatakan pendirian mereka berdasarkan pemahaman dan ijtihad masing-masing dalam memahami nas-nas tersebut.

Jadi, berlakulah perselisihan tersebut dan puncanya adalah dari penafsiran ayat dari surah an nur iaitu:

Firman Allah Taala bermaksud:


Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.


(Surah al-Nur: Ayat 31).

Berdasarkan dalil dari ayat 31 surah an-nur ini, sebilangan ulama’ berpendapat muka dan kedua tapak tangan adalah aurat dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mestilah memakai purdah. Sebilangan lagi berpendapat muka dan tapak tangan bukan aurat dan memakai purdah adalah bukan satu perkara yang wajib. Di bawah ini disertakan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas berkenaan aurat di hadapan bukan mahram. Di sini juga tidak dinyatakan munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan.

Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan: Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.


Jadi.. sahabat sekali, dalam kita berniqab.. hendaklah kita niqabkan dulu pandangan kita, akhlak kita.. adab kita.. supaya ianya tidak dikata orang.. peringatn juga buat diri ana yang hina ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan