Jumaat, 29 April 2011

MENULIS BUKAN KERANA NAMA!!!!!

bismilah....
dgan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang... kumulakan kalam dengan kesyukuran kepada Illahi.... mudah-mudahan amal kerja buat aku pada kali inie dinilai walaupun ianya hanyalah sekecil zarah...
sahabat-sahabat pembaca yang dirahmati Sang Pencipta,
pertamanya dan selama-lamanya, marilah kita rafa`kan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. kerna dengan ni`mat yang Allah kurniakan pada kita pada hari inie dan sebelum-sebelum ini dapat kita bertemu dan bertamu ke blog ini....
Alhamdulillah.., kalau nak dibilang itu, blog ini merupakan blog ketiga ana.... sahabat sekalian, janganglah di kau terkejut melihat blog kali ini dan janganlah kau merasa hairan akan diri yang hina inie mengapa ana buat lagi blog? x cukupkah yang sebelum inie? sahabat seperjuangan, ingatlah, diri ana selalu berpesan kepada ana, 

"BUATLAH SESUATU SEHINGGAKAN IANYA MENJADI SEBAGAI SATU MEDAN PERJUANGAN AMR MA`RUF NAHI MUNKAR"

sahabat-sahabat yang dikasihi,
ingatlah janji Allah s.w.t. di dalam Al-Quran, bahawa Ia akan menilai setiap amal kerja buat kita biarpun sekecil biji sawi,.... inielah yang mendorong ana, untuk terus dan meneruskan laman blogger inie sebagai salah satu medan tarbiah buat diri ana dan buat umat islam di dunia inie,...

sahabat seiman,
laman blog merupakan satu laman untuk seseorang mencurahkan isi hati dan fikrahnya dalam bentuk penulisan... baru-baru inie, ana baca surat khabar bahawasanya, Kerajaan Malaysia menggalakkkan rakyatnya untuk berblogger demi membantu dan mencaknakan pemikiran kita sebagai rakyat dalam usaha mencari keredhaan Allah di samping membantu kerajaan dalam usaha membina sebuah negara yang bertamadun... hal ini telah disambut baik oleh bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mana ketika itu beliau juga menghadiri mesyuarat pada hari itu...

lihatlah sahabat, betapa besarnya peranan isi blog yang kita binakan dan kita janakan sehinggakan boleh kita membina satu laman yang amat berguna buat kerajaan malah untuk negara kita senidiri, MALAYSIA! oleh itu, gunakanlah kepintaran dan kepantasan kita dari segi rohani mahupun lahiriah, semoga laman blogger menjadi sebagai salah satu laman yang boleh memberi satu input yang baru kepada kita, masyarakat, negara dan AGAMA ISLAM!!!
ingatlah sahabat,
biarpun kecil mana usaha kita, mudah-mudahan ALLAH menilainya sebagai satu ibadat dan satu usaha untuk kita mencari keredhaan Allah s.w.t. kerna matlamat hidup seorang mu`min itu hanyalah keredhaan Allah s.w.t.

teringatkan sebuah pesanan daripada sahabat ana:"setiap amalan itu, hadirnya dengan  niat.... andai kata niat itu baik, maka baiklah          kesudahannya, jika sebaliknya, maka Allah sahaja yang Maha Mengetahui"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan