Jumaat, 15 Julai 2011

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN (KHAS BUAT SHABAAT-SAHBAAT SMKAS)

Setiap manusia tak akan terlepas dari ujian.Tak kira ujian di sekolah atau dimana-mana lagi.Saya pun akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ni juga.Jangan lupa doakan saya ya.
Pada hari ni yang indah ni,saya nak berkongsi sikit info yang telah disampaikan oleh Dato' Dr Mohd.Fadzilah Kamsah tentang persediaan awal mengahadapi.Semoga kita dapat mengambil sedikit sebanyak info yang telah beliau sampaikan,insyaAllah...


Pelajar cemerlang pasti akan teruja menempuhi peperiksaan.Bagi mereka peperiksaan bukanlah sumber dan punca tekanan,sebaliknya itulah saat-saat yang dinanti-nantikan.Itulah penentu kejayaan atau kegagalan usaha mereka selama ini.

Pelajar yang cemerlang juga mempunyai perancangan yang tuntas,meliputi persediaan sebelum peperiksaan,Semua persediaan ini diimbangi sebaiknya demi mengharap sebuah kejayaan yang boleh dicapai dengan izin Allah jua.

Sebelum Peperiksaan

  • Mempunyai jadual belajar.
  • Memupuk keyakinan dan sikap membuat persediaan awal supaya dapat mengelakkan rasa panik atau bimbang ketika menjelang peperiksaan.
  • Mengulang kaji semua mata pelajaran.
  • Mencari maklumat tambahan dan mengumpulkan soalan-soalan peperiksaan tahun lepas.
  • Membuat nota
  • Menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan juga beriadah.
Semasa Peperiksaan
  • Bawa alat tulis yang lengkap
  • Bawa dokumen seperti kad pengenalan dan slip peperiksaan
  • Datang awal
  • Tenangkan perasaan dengan beristigfar dan berdoa kepada Allah
  • Baca dan dengar arahan dengan teliti
  • Baca semua soalan
  • Fahamkan soalan
  • Jawab soalan yang mudah dahulu untuk menjimatkan masa
  • Imbangi masa menjawab soalan
  • Semak semua jawapan
Selepas Peperiksaan
  • Tawakal dan berdoa kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh
  • Jangan menyemak jawapan
  • Bersedia untuk kertas peperiksaan yang seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan